Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Abah & Ummi
Abah & Ummi,
Along, Angah dan Nana memohon maaf dan ampun atas segala kesalahan
dan kelakuan kami yang mungkin menyinggung Abah dan Ummi. Kami sentiasa
berdoa agar Abah dan Ummi sentiasa dipelihara Allah, dimurahkan rezeki, di beri
kesihatan yang baik sentiasa.
Bismillahirrahmanirahim
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu Ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..









Sunday, September 13, 2009

Shoping & Jalan Jalan @ Putrajaya

Assalamualaikum...

Dah lama tak update. Komputer Abah rosak hu hu. Abah cakap motherboard rosak. Sian Abah, berkampung dia kat CC. Semalam kereta Abah pula rosak. Tapi dah ok dah. Dah repair dah. Ari ni Abah bawa pegi jalan jalan ke Putrajaya. Yang betulnya Abah nak pegi amik gambar masjid baru kat putrajaya tu.